♥About Me♥

My photo
G-TrA, KedaH, Malaysia
►Nama saya norhisham bin osman.. ►Dilahirkan pada 7 Ogos 1989 di Hospital Besar KangaR.. ►Mempunyai 9 orang adik beradik dan saya ank bongsu dalam keluarga saya.. ►Pada umur 7 sehingga 12 tahun saya telah dihantar oleh ibu bapa ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin... ►Kemudian saya menlanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman sehingga Form3.. ►Selepas mendapat keputusan peperiksaan PMR saya menlanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Arau,Perlis.. ►Selepas selesai menduduki SPM dan keputusan pun dah tahu..saya ditawarkan menyambung pelajaran di UniMAP.. ►add me at mySpace 'N' Frenster.. ►this is my emel team_wira@yahoo.com ►skype n YM pun i layan jugak..haha >kay chey kit doyt..take care!!

SiapaLaH akU!!

SiapaLaH akU!!
Pandangan hadapan!!!!!!!!!

Tuesday, March 25, 2008

ROkoK oH RoKoK~~



ROKOK DAN ISLAM
Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)

Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan sebagai satu contoh perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya. Hadith Rasullullah s.a.w. : "Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid-masjid kita, kerana malaikat terganggu,"

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan.

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.



PERUNDANGAN ISLAM DAN MEROKOK

Islam dan Faedah Merokok
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok memberi faedah kepada penghisap di mana ianya dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap untuk tempoh masa yang tertentu. Ketenangan ini dirasai sendiri oleh mereka yang merokok. Islam tidak menafikan faedah ini dan al-Qur'an sendiri pun merakamkan bahawa arak dan minuman keras juga adalah berfaedah kepada manusia. Ini jelas dalam firman Allah (surah al-Baqarah, ayat 219),

Maksudnya, " Mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat manusia…." Namun, perundangan Islam mempunyai kaedah umum yang mesti diikuti kerana sikap sebaliknya akan menyebabkan banyak hukum- hakam Islam akan dipertikai. Kaedah umum ini ialah Islam melihat kepada kadar faedah dan kadar kerosakan yang terdapat dalam sesuatu bahan dan amalan di mana hukum akan hanya terbina di atas kadar mana Allah telah menyebutkan bahawa walaupun arak itu mengandungi beberapa kebaikan tetapi keburukannya lebih banyak dan sehubungan dengan itu, ia perlu diharamkan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219
Maksudnya: "…Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".

Dalam konteks ini, walaupun merokok mempunyai beberapa kebaikan, namun keburukannya lebih mengatasi kebaikannya dan sehubungan dengan itu, ia perlu dilarang oleh Islam. Kalau kita hanya melihat kepada aspek kebaikan tanpa pertimbangan dengan kadar keburukan, banyak hukum-hukum yang telah dipersetujui perlu diubah seperti mencuri, berzina, amalan riba, berjudi dan sebagainya kerana amalan-amalan ini juga memberi kebaikan di samping keburukan yang lebih menyerlah. Ini adalah tabiat perundangan Islam di atas dunia dan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Shatibi bahawa kesempurnaan hanyalah berlaku di alam akhirat. Perundangan Islam untuk mengawal kehidupan manusia di atas dunia adalah tidak 'sempurna' sepenuhnya di mana dalam kejahatan ada kebaikan dan dalam kebaikan ada kekurangan.

No comments: